Blog Berita Online

Berita Utama

Anak Musa Aman meninggal dunia akibat Covid-19

KOTA KINABALU: Anak bongsu lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman iaitu Mohammed Hayssam Musa,34, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, dekat sini pagi tadi.

Mohammed Hayssam yang menghidap kanser Limfoma dijangkiti Covid-19 sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh bapa mertuanya, Datuk Ghulam Haidar Khan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang dan juga Pengarah Yayasan Sabah.

Ghulam Haidar turut memaklumkan jenazah awah menantunya itu akan dibawa ke Bingkor untuk dikebumikan.

Jelas beliau, Mohammed Hayssam menunjukkan perkembangan yang positif semasa menjalani rawatan kanser namun, jangkitan Covid-19 menyebabkan keadaannya menjadi teruk.

Kenyataan rasmi daripada pejabat ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman turut mengesahkan pemergian anaknya itu.

Kenyataan itu memaklumkan arwah Mohammed Hayssam meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.

Justeri, pihaknya meminta agak privasi keluarga dihormati ketika waktu yang sukar ini.

Dalam laman Facebook rasmi Musa Aman, beberapa pemimpin UMNO Sabah turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian anak bekas Ketua Menteri berkenaan.

Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid mengucapkan salam takziah kepada Tan Sri Musa Aman serta keluarga atas kembalinya anak Tan Sri ke rahmatullah.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Salam takziah juga kepada Datuk Ghulam serta keluarga atas kembalinya menantu ke rahmatullah,” katanya.

Mohammed Hayssam berkahwin dengan anak perempuan Ghulam Haidar, Fifi Hana pada Januari 2017.

Arwah merupakan anak bongsu lelaki daripada empat beradik dan abang sulungnya ialah Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply