Blog Berita Online

Berita Utama

Gadis maut jatuh gaung ketika mendaki bukit

BATU PAHAT – Seorang gadis maut selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Banang di sini pagi tadi.

Mangsa, Aina Nabilah Yusof, 20, maut selepas cedera parah pada anggota badan dan kepala.

Menurut Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa jatuh gaung digerakkan.

Katanya, 16 anggota bersama sebuah jentera FRT, dua EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dan BBP Penggaram ke lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai tergelincir ketika melalui laluan curam bukit sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter.

“Mangsa berjaya dibawa naik menggunakan tali dengan kaedah ‘hauling’ dan ‘lowering’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR ditamatkan pada jam 5.18 petang tadi,” katanya.

Leave a Reply