Blog Berita Online

Hiburan

Apam Izreen Azmin laku keras, untung RM1,000 sehari

Terpalit dengan kontroversi merampas suami orang berapa tahun lalu, pelakon Izreen Azminda berkata dia sudah lali dengan kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.

Sudah dua tahun kontroversi itu berlaku, rumah tangga Izreen bersama pemuzik Ude Wahid kekal bahagia dan turut diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Aaron Ibrahim kini sudah pun berusia setahun.

Akui rindu untuk kembali berlakon, bagaimanapun Izreen berkata dia kini seronok menjual kuih apam secara atas talian yang mula diusahakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu. Meskipun penat namun dia seronok kerana sentiasa berada dekat dengan suami dan anak.

“Tipulah kalau saya kata tidak rindu aktif berlakon kerana saya sudah mula berlakon sejak berumur 12 tahun. Namun, ini adalah kitaran yang akan terjadi dalam hidup anak seni.

“Sebenarnya, sejak PKP, saya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan iaitu kuih apam menerusi laman Instagram @SugarButterMilk.KL.

“Seronok berniaga kerana bagi saya, dapat berada dekat dengan suami dan anak. Penat pun tidak mengapa kerana dapat tengok muka orang tersayang tiap-tiap hari di rumah.,” katanya kepada Kosmo!

Izreen turut meluahkan rasa syukur peniagaan kuih apam miliknya mendapat sambutan luar biasa. Ujarnya ramai yang memberikan sokongan dengan perniagaan kecilnya itu. Izreen berkata dalam sehari boleh mendapat keuntungan RM1,000 sehari.

“Alhamdulillah, ramai orang yang menyokong perniagaan kecil saya ini. Dalam sehari boleh terjual 300 hingga 500 biji dan boleh dapat untung dalam RM1,000,” katanya.

Baru-baru ini, kelibatnya dan suami di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka. Namun, Izreen menjelaskan mereka kesana untuk membayar denda kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Leave a Reply