BANGSAR – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam kereta akibat serangan jantung ketika menemani isterinya menghadiri temuduga di sebuah hospital swasta di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa, Ashraf Rosli yang turut ditemani tiga anaknya didapati tidak sedarkan diri di dalam keretanya oleh orang awam selepas melihat anak-anak mangsa sedang menangis.
Orang awam cuba mengejutkan mangsa beberapa kali namun tiada tindak balas sebelum mereka menghubungi ambulans.
Pasukan perubatan yang tiba tidak lama selepas itu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.
Leave a Reply