Sebut sahaja nama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, pasti ramai tahu pengacara terkenal itu tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi.
Terbaru, pengacara itu dikecam apabila didakwa biadap dan seolah mempermainkan agama apabila diajukan soalan mengenai Munkar dan Nakir.
Menerusi video dikongsikan di Twitter, video berkenaan adalah video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.
Difahamkan, Azwan ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”
Kalau kita membaca kitab akidah seperti huraian kepada Matan Al-Kharidah Al-Bahiyyah, bila nak huraikan mengenai soal kubur, kesemuanya menjadi sayu & takut untuk berbicara.
Ulama faham maksud sebenar ketakutan dalam kubur. Semoga Azwan Ali bertaubat segera. Agama bukan boleh https://t.co/2flQTAz0VY
— السنوسي الصغير . ﷼|| (@saif_alsiddiqiy) August 14, 2021
Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dengan secara bersahaja namun jawapannya sangat keterlaluan kerana seolah mempermainkan agama. Jawapan Azwan itu disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut.
“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,” jawabnya.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan jawapan biadap pengacara itu serta berharap Azwan Ali akan segera bertaubat.
Video tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik video berkenaan dengan kapsyen kecewa apabila perkara seperti itu dibuat main.
Malah, video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara tersebut.
“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” tulisnya.
Leave a Reply