Blog Berita Online

Berita Utama

Baju pink Mickey Mouse dipercayai milik penumpang pesawat ditemui

JAKARTA – Baju kanak kanak berwarna merah jambu merupakan antara barangan milik mangsa Sriwijaya Air yang dijumpai pasukan penyelamat di lokasi terhempasnya pesawat tersebut di di Kepulauan Seribu, hari ini.

Baju dengan gambar watak kartun Mickey Mouse itu dipercayai milik seorang kanak-kanak bernama Yumna Fanisyatuzahra iaitu anak kepada Ratih Windania yang turut menjadi korban nahas tersebut.

Penemuan baju tersebut mengundang kesedihan yang teramat sangat buat mereka yang mengenali keluarga ini.

Dilaporkan semasa kejadian bapa kanak-kanak tiada dalam pesawat tersebut berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi di Instagram milik ibunya.

Terdahulu, Ratih sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum menaiki pesawat.

“Bye Bye keluarga semua. Kita pulang kampung dulu ya,” kata wanita itu di Ig Storynya.

Ig Story berkenaan dimuat naik dalam tempoh 19 jam yang lalu.

Sementara itu, di ruangan komen di gambar paling terbaharu dimuat naik di Instagram, dibanjiri dengan ucapan takziah dan mendoakan keselamatan wanita itu dan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ratih (@ratihwindania)

Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, pada Sabtu.

Pesawat komersil itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Leave a Reply