Berita Utama

‘Bakti terakhir Zikry..’ – Maut selepas bantu pengebumian jenazah Covid-19

ALOR SETAR – “Biasanya arwah akan mempelawa diri jika ada operasi membabitkan mencari dan menyelamat (SAR) di gunung sebab dia suka aktiviti mendaki gunung.

“Tetapi, kali ini dia lebih suka terbabit dalam pengurusan jenazah dan tak pelawa diri untuk turut serta dalam operasi tragedi kepala air di Gunung Jerai, baru-baru ini.

“Itu yang saya nampak perubahan pada anggota saya, Muhamad Zikry Zafuan, 20, yang meninggal dunia dalam kemalangan hari ini,” kata Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad, hari ini.

Azhar berkata, mangsa yang sudah tiga tahun bertugas dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda pada 4 petang hari ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dengan menunggang motosikal selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah Covid-19 di Kampung Bukit Selambau.

“Arwah sepatutnya meneruskan tugasan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) syif kedua pada 4 petang hingga 12 tengah malam ini.

“Tak sangka kemalangan itu meragut nyawanya selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah treler menyebabkan dia parah di bahagian badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Katanya, arwah seorang yang rajin dan mereka di APM Kuala Muda kehilangan seorang anggota yang rajin.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!