PENYANYI terkenal, Maher Zain, 40, memaklumkan bapanya, Mustafa Maher meninggal dunia pada hari ini.
Berita duka tersebut dikongsi penyanyi dari Sweden itu menerusi hantaran di laman Facebook, petang tadi.
“Ayah saya yang tersayang baharu saja meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya dam memberikannya darjat tertinggi di Jannah! Saya mohon doa kalian untuk ayahanda tersayang,” tulisnya.
Dalam kerjaya nyanyiannya, pelantun lagu Insha Allah itu mendapat inspirasi mengenai muzik daripada ayahnya, yang merupakan penyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.
Album pertamanya Thank You Allah yang terdiri daripada 13 buah lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November 2009.
Muzik video beliau di laman YouTube telah mengumpul lebih daripada 5 juta tontonan
Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, dan juga di konsert di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir. – Malaysiapost
Leave a Reply