Berita Utama

Bapa Mas Ermiyati meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bapa kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meninggal dunia, hari ini.

Berita kematian Samsudin Mohd Ali dizahirkan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu di Facebook beliau.

“Buat yang mengenali ayahanda saya Samsudin Md Ali. Abah baru dijemput illahi. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah,” tulis beliau di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, punca kematian bapanya tidak didedahkan beliau. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!