SEORANG wanita mendakwa badan ayahnya menggeletar dengan teruk selepas menerima dos pertama vaksin, semalam.
Menurut Munirah Mohamed, bapanya menerima suntikan vaksin itu dalam keadaan kurang sihat selepas diserang strok mata.
“Ayah Ira ni mulanya tak nak vaksin sebab badan tak berapa sihat masa kena strok mata. Lepas tu ramai kawan-kawan dia dah mula cucuk jadi ayah bersetuju kerana sebelum ini dah tiga kali tunda,” katanya.
Katanya, jika keadaan bapanya tidak pulih mereka membuat keputusan untuk membawanya ke hospital tetapi selepas diberi minum air zam zam dan panadol, keadaan bapanya beransur pulih dan keadaan menggeletar hilang sepenuhnya.
“Alhamdullilah ada perubahan selepas beri ayah air zam zam dan makan panadol. Mungkin ayah Ira gementar masa vaksin campur dengan perasaan takut jadi lemah semangat,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Munirah memaklumkan bapanya kini sudah mampu berjalan seperti biasa walaupun masih dalam keadaan trauma.
Bapanya turut berterima kasih kepada netizen yang mendoakan kesembuhan dirinya.
Leave a Reply