Blog Berita Online

Berita Utama

Bapa pelakon cilik Aiman Badrul meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bapa pelakon cilik, Aiman Badrul iaitu Badrul Hisham Abdul Rahim, 52, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 6.44 pagi tadi.

Berita pemergiannya itu disahkan oleh adiknya, Roslen Fadzil ketika dihubungi sebentar tadi.

Roslen memaklumkan, pada awalnya mengalami masalah jantung sebelum disahkan menghidap angin ahmar dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.

“Mulanya keadaan jantung arwah tidak stabil sejak beberapa minggu lalu dan dirawat di Hospital Shah Alam.

“Kemudian, arwah dimasukkan pula ke PPUM, Khamis lalu dua hari selepas keluar Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan susulan sebelum disahkan menghidapi angin ahmar dan meninggal dunia, pagi tadi.

“Keadaannya itu sudah nampak membimbangkan ketika masih di rumah lagi. Namun, serangan lebih teruk ketika arwah dimasukkan ke hospital.

“Kesan sampingannya, arwah mengalami pendarahan di otak,” katanya kepada BH Online.

Roslen berkata, kesihatan arwah kelihatan sedikit merosot selepas musim COVID-19.

“Sebelum ini, dia tidak pernah mengalami sebarang sakit. Cuma, arwah mula mudah penat sejak kebelakangan ini.

“Ini juga pertama kali arwah dimasukkan ke hospital,” katanya.

Jenazah Allahyarham Badrul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), Serdang selepas Zohor, hari ini.

Leave a Reply