Blog Berita Online

Viral

Bawa mangkuk tingkat ke sekolah, murid ini jadi bahan ketawa netizen

Tular di media sosial gambar seorang murid sedang menikmati makanan ketika waktu rehat.

Apa yang menarik perhatian ialah bekal yang dibawa murid berkenaan diletakkan di dalam mangkuk tingkat sedangkan rakan-rakannya yang lain membawa bekas biasa.

Gambar tersebut kelihatan melucukan namun ianya menjadi sindiran netizen di media sosial.

Dalam satu perkongsian oleh individu bernama Tun Syary Hazwarni Mardiah, dia kurang senang dengan tindakan beberapa FB page terkenal yang memuat naik gambar tersebut dengan nada sindiran.

“Ya Allah Ya Robbi. Apa masalah hati korang ni. Biarla dia, mak dia rajin mak dia penyayang.

“Bukan semua orang dapat rezeki makan air tangan ibu. Bagus apa bekal.. bersih berkhasiat, jimat, makan pun puas hati.

“Mak dia masak bukan mak dia suruh ko masak pun! Orang sekarang bergurau tak ingat. Lupa batas-batas.

“Semua benda nak buat bahan gurau, sampai hilang adab, sampai lupa hormat orang lain,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tun Syary turut memetik sepotong ayat Al-Quran dari surah al-Hujurat yang mana Allah melarang orang Islam mempermain-mainkan orang lain kerana ianya tergolong dalam perbuatan yang zalim.

Leave a Reply