Berita Utama

‘Bawa molek heli tu, loni musim angin ribut’ – Pesanan akhir bapa buat arwah Irfan Fikri

Tragedi dua helikopter yang bertembung dan terhempas sehingga mengorbankan dua nyawa di Taman Melawati, tengah hari tadi, ternyata menyedihkan dan menggemparkan ramai pihak.

Kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44 dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Apa yang menyentuh hati, bapa kepada salah seorang mangsa yang terkorban, arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi sempat menitipkan pesan terakhir selain ibunya sempat bertanyakan soalan kepada arwah, malam sebelum kejadian.

Menerusi status terakhir yang dimuat naik, bapa arwah Mohamed Rawi Che Muda sempat berpesan supaya arwah membawa helikopter dengan berhati-hati kerana bimbang dengan keadaan cuaca yang kini tidak menentu.

Arwah juga sempat membalas komen tersebut, kira-kira tiga jam sebelum nahas berlaku.

Semoga ahli keluarga kedua-dua arwah diberikan ketabahan dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Sementara itu, rata-rata netizen yang membanjiri komen di ruangan sama turut terkejut dan mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga arwah.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!