Berita Utama

Belanjawan 2021: Ramai tak puas hati kerajaan kembali wujudkan JASA

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menghidupkan semula unit propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Menurut anggaran perbelanjaan persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk unit itu di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi juga membangkitkan bahawa pada masa ini, hanya 52 kedudukan yang disenarakan di bawah Jasa dalam anggaran belanjawan, berbanding 272 pada 2018.

Selain Shu Qi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mempersoalkan kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.

“Dahulu bawah BN (Barisan Nasional) pun (dapat) RM30 juta. Malangnya, peruntukan baik pulih sekolah daif dikurangkan ke RM58 juta.
“Peruntukan kesihatan mental hanya RM24 juta,” kata beliau dalam ciapan di akaun Twitter peribadinya.

Operasi Jasa dihentikan selepas PH menjadi kerajaan persekutuan sebagai langkah mengurangkan kos.

Jumlah peruntukan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut meningkat sebanyak RM442 juta, daripada RM1.95 bilion untuk tahun ini kepada RM2.39 bilion pada tahun depan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!