Berita Utama

Berjangkit dari pesakit, jururawat meninggal akibat Covid-19 selepas lahirkan anak

KOTA BHARU – Seorang jururawat yang juga ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19, di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, semalam.

Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 pagi.

Difahamkan, wanita berkenaan yang menunggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun, terpaksa melahirkan zuriat itu dalam keadaan pramatang secara pembedahan, ketika kandungan berusia kandungan 26 minggu.

Wanita itu dijangkiti COVID-19 bagi kategori 5 dan dipercayai mendapat wabak itu daripada pesakitnya.

Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan wanita itu yang juga jururawat meninggal dunia akibat COVID-19 semalam.

Beliau berkata, Allahyarhamah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!