Berita Utama

‘Biarlah orang nak kecam, sekarang saya penyanyi nombor satu’ – Aliff Syukri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka lagu rayanya berjudul Lala Raya mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Enggan mengambil pusing semua kritikan dan kutukan yang dilemparkan terhadapnya, Aliff turut mempersoalkan mereka yang mengutuknya tetap menonton muzik videonya itu.

“Jangan dengki, itu rezeki saya. Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutuk-kutuk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

“Biarlah nak kecam atau kutuk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia,” ujarnya.

Semalam, Aliff memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur lagunya itu trending nombor satu di YouTube.

Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut mengakui Aliff mempunyai bakat besar sebagai penyanyi. Zizan berkata vokal Aliff kini setanding penyanyi barat dan tertanya usahawan itu kini penyanyi nombor satu negara.

Terdahulu, Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!