Pelakon 16 dan 17 Puasa, Aziatul Akhmar Yusuf dikhabarkan telah meninggal dunia akibat penyakit kanser hari ini.
Allahyarham menhembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.00 petang.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Instagram milik Sharwani Hamad, sebentar tadi.
“Mendapat khabar sedih Aziatul Akhmar memegang watak isteri Ngas dalam 16 dan 17 Puasa telah pergi mengadap ilahi. Salam takziah buat keluarga arwah semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya.
View this post on Instagram
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat krew-krew drama arahan Mamat Khalid itu.
Dalam drama tersebut, Allahyarham memegang watak sebagai Bibah iaitu isteri kepada Ngas lakonan Bell Ngasri.
Leave a Reply