Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang untuk menetap bersama keluarga tercinta. Bila dah ada duit lebih pula, pasti kita mempunyai niat untuk ‘renovate’ rumah tersebut menjadi lebih besar kerana ianya adalah aset, jadi tak rugi pun kalau buat.
Tapi lain pula jadinya apa yang dikongsikan seorang pengguna di Twitter apabila bapanya ditipu RM100,000 oleh seorang kontaktor dari Indonesia. Apa kes ni?
i dah taktahu nak buat apa lagi. my parents dream house 75% almost done tapi alih alih kena scam. Contractor bodoh ni larikan duit 100k++. i mohon sangat viralkan muka jantan bodoh ni sumpah dah buntu. Dia cakap dia dkt kl skrg but idk…i just need some help pic.twitter.com/bxLyd3n1Br
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Dia yang memegang akaun bernama @naddiiiee mengatakan bahawa dua minggu lepas lagi kontraktor tersebut telah ‘block’ nombor telefon bapanya sebelum melarikan diri.
Apabila Nad cuba menghubungi kontaktor tersebut, dia memberitahu bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan dan ingin mengambil masa selama dua minggu. Bukan itu sahaja, dia juga siap berjanji nak berjumpa pada pukul 9 pagi semalam di rumah berkenaan.
Tunggu punya tunggu tapi dia tetap tidak munculkan diri. Ini jawapan yang diberikannya apabila dihubungi.
Ayah i tunggu but dia tak muncul. hahaha what a hope. i ws dia tadi sebab dia masih belum block number i. Ya allah i geram sangat sebab dia aniaya my parents. 😭 pic.twitter.com/J9y2pK2Dqm
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Kurang ajar betul! Nad juga ada mengatakan yang sebelum ini bapanya punya ‘excited’ pergi rumah berkenaan hari-hari untuk lihat progress rumah itu. Kesiannya..
Semoga urusan mereka sekeluarga untuk dapatkan balik hak mereka dipermudahkan. Jangan bagi muka!
Leave a Reply