PEMILIK kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Mahkamah Majistret Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.
Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.
Pemilik kedai itu terbabit dengan kluster Sivagangga.
Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kekal 45 kes.
Pemilik kedai nasi kandar di Napoh yang terbabit dengan kluster Sivagangga dipenjara lima bulan dan denda RM12,000 – DPP
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 13, 2020
Leave a Reply