Blog Berita Online

Berita Utama

‘Dah macam kena tsunami’ – Keadaan daerah Hulu Langat selepas banjir undang pilu

Tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan keadaan sebuah kampung di daerah Hulu Langat selepas dilanda banjir besar semalam.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan keadaan rumah mangsa yang rosak teruk selain puluhan kenderaan yang tersadai di tepi sungai akibat dihanyutkan arus deras.

“Dah macam kena tsunami, hancur” kata salah satu suara dalam video tersebut.

Difahamkan, sehingga kini seramai 121 keluarga membabitkan 394 mangsa di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berhampiran.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Kamalisa Musa, 52, berkata, dia hanya mampu menyelamatkan diri dan keluarga tanpa sempat memikirkan harta benda.

Menurut Kamalisa yang menetap di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, rumah yang didiami dinaiki air sehingga paras bumbung rumah.

“Ini kejadian terburuk selepas hampir 30 tahun tinggal di sini. Sebelum ini pernah banjir tetapi tidak sampai ke bumbung, itu sebab ada penduduk terperangkap di atas bumbung kerana mereka tidak sangka rumah dinaiki air sehingga paras itu.

“Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan hujan yang tidak berhenti sejak kelmarin serta air empangan yang dilepaskan,” katanya.

Leave a Reply