Berita Utama

Doktor kecewa nama frontliner dikeluar dari senarai penerima vaksin, ganti dengan VVIP

SEORANG pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir frontliner dinafikan hak sebagai penerima awal vaksin Covid-19.

Lebih mengecewakan apabila, nama-nama tersebut kemudiannya diganti dengan nama ahli-ahli politik termasuk Exco-Exco yang kurang dikenali.

Menerusi Facebook, Dr Rafidah berkongsi luahannya dan menyeru netizen agar menularkan isu tersebut sehingga ke pengetahuan ihak MOSTI yang bertanggungjawab mengeluarkan senarai nama tersebut.

Baca luahannya di bawah:

DUA DARJAT 2.0

Ya, saya faham ianya simbolik pemimpin mengambil suntikan vaksinasi dahulu. YB Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Besar setiap negeri, ya, kami tiada halangan.

Tapi dah kenapa pulak ahli-ahli EXCO, ADUN, menteri-menteri lain, kuncu-kuncu mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami petugas barisan hadapan tidak faham.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) kenapa jadi pak mak turut ni? Tugas anda adalah MENJAGA kebajikan petugas-petugas kesihatan-hospital, swasta dan komuniti; bukan yang berDARJAT.

Kami petugas bawahan tidak mampu faham dua darjat. Yang kami tahu pergi balik kerja, pakai PPE, menyelamatkan nyawa manusia. Mana hak petugas-petugas kesihatan yang mengandung, menyusukan bayi, pegawai-pegawai (contohnya farmasi) di lapangan, doktor-doktor gigi swasta: kenapa tiada dalam senarai? Turunlah, berbincanglah dengan setiap seorang. Takkan keluarkan senarai sahaja.

Kasihan mereka: alih-alih nama terkeluar atau langsung tidak masuk senarai. Tambah terkejut: muncul nama-nama YB tidak dikenali.

Nak bersuara, takut. Please, middle managers. Do what is right, get rid of these nonsense. PROTECT the people under you. I don’t think that’s too much to ask.

Mungkin netizen boleh unjurkan pejabat MOSTI untuk keluarkan senarai nama. Tonjolkan siapakah manusia yang vaksinasi terlebih dahulu daripada barisan hadapan.

You can come, give us motivation during our vaccination. Bukan diri sendiri tersorong-sorong batang hidung dan lengan untuk ambil vaksin dahulu. Show that you care for us, and not for yourself. Let healthcare workers finish vaccination first.

DO NOT deny the rights of women healthcare workers. If they are pregnant, breastfeeding and want vaccination: honour them. JKN: TALK TO THEM.

Jangan buang masa kipas orang yang ada darjat buatan manusia. Ketepikan golongan ini: dahulu, kini dan (harapnya) selama-lamanya. Professionals work professionally.

Rafidah Abdullah
Belum ada tarikh vaksinasi.
Tidak akan memintas.
Dahulukan staf yang betul-betul hadapan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!