Blog Berita Online

Viral

‘Dulu pakai Wira, sekarang mampu beli Mercedes’ – Lelaki ini kongsi rahsia susah senang bersama isteri

Setiap pasangan sumi isteri sudah pasti mempunyai kenangan pahit dan manis sepanjang menempuh alam perkahwinan.

Bagi seorang lelaki, Ammar Azizan, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sanggup hidup bersamanya di kala susah mahupun senang.

Baru-baru ini, Ammar telah memuat naik gambarnya bersama isteri, Adira Salahudi di hadapan kereta lama dan baru mereka.

Menurut Ammar, kereta Proton Wira itu digunakannya sejak 2013 lagi iaitu ketika dia dan Adira masih pasangan kekasih sehinggalah sekarang.

Katanya, selepas mereka berkahwin, Allah murahkan rezeki sehingga mampu membeli sebuah kereta mewah yang berharga ratusan ribu ringgit.

“Dari bercinta tahun 2013 pakai wira turbo. Alhamdulillah lepas kahwin dapat rezeki tukar kereta dapat anak hagemaru. Bersyukur sangat,” tulis Ammar.

Hasil perkahwinan dengan Adira, Ammar telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adam Arsel Dimar.

Sementara itu, perkongsian dari Ammar telah menerima pelbagai reaksi positif dari netizen termasuk mereka yang memuji kecomelan anaknya yang digelar Hagemaru.

Leave a Reply