Berita Utama

Ustaz Ebit Lew makin aktif di TikTok, akui belajar dengan Aeril Zafrel

Sebut sahaja nama pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew, sememangnya ramai yang mengagumi beliau yang tidak pernah penat menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Malah, Ustaz Ebit Lew juga turut dijadikan contoh sebagai suami yang sentiasa mengangkat darjat seorang isteri serta sering menyantuni bidadarinya.

Baru-baru ini, Ebit ada memuat naik video membuat kejutan untuk isterinya dengan memberikan sejambak bunga ketika pulang ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ebit meluahkan rasa syukur kepada Allah dikurniakan isterinya di dalam hidupnya sambil menitipkan kata-kata romantis buatnya.

Menerusi entri itu, Ustaz Ebit turut menyatakan dia baru sahaja mula menggunakan aplikasi TikTok dan mempelajarinya daripada pelakon terkenal, Aeril Zafrel.

Perkongsian Ustaz Ebit itu turut mendapat perhatian Aeril yang memuji sikap romantis pendakwah kesayangan ramai itu dan mengatakan dia juga baru belajar menggunakan aplikasi berkenaan.

Menggunakan nama akaun @ustazebitlew, setakat ini Ustaz Ebit mempunyai 18 ribu pengikut.

Menerusi aplikasi itu, Ebit memuat naik video misi kemanusiaannya serta aktiviti harian bersama keluarga.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!