Blog Berita Online

Berita Utama

Polis tahan lelaki biadap ludah dan maki pekerja pasaraya

Video perselisihan faham diantara seorang individu dengan pekerja kedai serbaneka di Lahat Baru, Ipoh semalam tular di media sosial.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh pekerja tersebut, lelaki tersebut dikatakan memasuki premis tanpa memakai pelitup muka dan enggan menulis butiran diri pada buku yang disediakan ketika diminta berbuat demikian.

Lelaki tersebut juga memarahi pekerja tersebut dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah pekerja tersebut menyebabkan berlaku sedikit pertengkaran sebelum dileraikan oleh pekerja lain.

Selepas kejadian, lelaki terbabit meninggalkan premis dengan menggunakan sebuah kereta sebelum kembali semula.

Difahamkan lelaki tersebut ditahan oleh polis selepas menerima aduan awam.

Sementara itu, netizen turut mengecam tindakan biadap lelaki terbabit yang bukan sahaja melanggar SOP yang ditetapkan, malah turut memaki hamun orang lain dengan kata-kata kesat.

Mereka mahu suspek dikenakan tindakan yang tegas kerana telah menimbulkan kekecohan di tempat awam.

1 Comment

  1. Mazlan Ali

    Mohon KKM saman langgar SOP dan polis saman malu terhadap pekerja tersebut.

Leave a Reply