Berita Utama

Disahkan postif ketika masuk wad untuk bersalin, Ezaty meninggal hari sama arwah Sarah

SEORANG lelaki diduga dengan ujian berat apabila kehilangan isteri selepas melahirkan anak pertama mereka pada Sabtu lalu akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang semalam.

Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.

“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.

“Walau bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya.

Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya yang diberi nama Lilly Elleyna sebelum kesihatannya merosot.

“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!