Berita Utama

Hampir tiga tahun tak jumpa keluarga, Firdaus maut tersepit bawah lori

KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dengan lori tangki di Batu 8 Jalan Kuching-Serian, pada pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 8.30 pagi melibatkan dua buah kenderaan yang disyaki berlaku pada jam lebih kurang 8.10 pagi semasa cuaca hujan renyai.

“Penunggang motosikal terbabit yang menunggang seorang diri semasa dalam proses mencelah di tengah-tengah laluan di atas garisan putih putus-putus telah tergelincir akibat jalan basah lalu terjatuh hilang kawalan.

“Mangsa Mohammad Firdaus Abdullah, 53 tahun kemudianya termasuk dibahagian bawah tayar belakang sebelah kanan lori.

“Akibat kejadian, penunggang terbabit telah mengalami kecederaan parah dibahagian dada sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Sementar itu, anak saudara mangsa yang dikenali sebagai Anitha Rose memberitahu bapa saudaranya sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung kerana kekangan PKP.

Katanya, mangsa yang menghubungi keluarganya dengan telefon bagi meluahkan rasa rindu.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!