DILANTIK menjadi duta kepada produk kesihatan milik seorang usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri, tetapi hanya menerima kurang daripada RM1,000 sahaja.
Itu yang diterima personaliti media sosial Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, yang merasakan dirinya dianiaya oleh ushawan kosmetik tersebut.
Menurut Wanie, dia pada mulanya dihampiri oleh usawahan tersebut yang ingin menjadikannya sebagai seorang duta kepada produk pelangsingan badan.
“Pihak usahawan itu mahu melantik saya menjadi duta tetapi perlu melakukan pembedahan di bahagian perut terlebih dahulu.
“Tetapi selepas saya menjalani pembedahan mengecilkan perut. Selepas pembedahan itu, mereka bertemu saya kembali untuk menandatangani kontrak sebagai duta pada September tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Namun menurut Wanie, pihak usahawan tersebut menjanjikan bayaran sebanyak RM3,000 sebulan, kereta dan menyara keluarganya sepanjang dia bergelar duta.
Wanie memberitahu sehingga kini, dia tidak tidak mendapat bayaran yang sepatutnya dan hanya mendapat sebanyak kurang seribu ringgit dengan bayaran tertinggi hanyalah RM350.
“Malah, baru-baru ini wakil usahawan itu ada datang ke rumah saya untuk bertemu dengan saya selepas saya menuntut bayaran yang sepatutnya terhadap saya.
“Mengetahui diri saya dianiaya, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah tampil menularkan dan membantu daripada segi kewangan dan perkara tersebut diketahui oleh pihak usahawan tersebut.
“Pihak usahawan itu kemudian telah datang dan mengoyak kontrak tersebut di hadapan saya. Malah, mereka juga mengugut dengan meminta saya memulangkan kembali wang ganti rugi,” ujarnya.
Disebabkan itu juga, Wanie telah membuat satu laporan polis kerana perkara itu telah mengganggu emosi keluarganya.
Dalam pada itu, Wanie turut memberitahu selepas dia menjalani pembedahan seperti yang diminta oleh usahawan itu, tiada rawatan susulan diberikan terhadapnya.
“Selepas pembedahan itu saya tidak boleh berjalan dan mengalami kesakitan di bahagian perut hingga memberi kesukaran untuk saya makan.
“Bila saya maklumkan kepada mereka, tiada sebarang respon yang diberikan. Malah, laporan perubatan saya juga disorok,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Wanie, Haziq Aizuddin Subhi memberitahu pihaknya telah meneliti kontrak perjanjian itu.
Jelasnya, ternyata kontak tersebut hanya memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja.
“Kita sudah memberi surat tuntutan kepada pihak usahawan tersebut untuk menyelesaikan segala tuntutan yang perlu dibayar dalam masa tujuh hari atau berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya. -SM
Leave a Reply