Blog Berita Online

Viral

Geng basikal selamba kayuh di Pintasan Saloma dikecam netizen

Pintasan Saloma yang menghubungkan Kampung Baru ke KLCC menjadi tarikan baharu masyarakat setempat serta pelancong luar negara.

Laluan sepanjang 370 meter itu dihiasi lampu LED yang akan bertukar aneka warna setiap masa menjadikan kawasan sekitar begitu indah lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Namun baru-baru ini, laluan pejalan kaki ini dicemari dengan aksi sekumpulan penunggang basikal yang menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat kayuhan mereka.

Tindakan itu bukan sahaja membahayakan pengunjung malah mencacatkan pemandangan pintasan tersebut.


Seorang netizen sempat merakam gambar beberapa penunggang basikal merentasi pintasan tersebut tanpa menghiraukan para pengunjung yang lain.

“Kau faham tak orang nak turun, kemudian kau naik basikal. Bodoh kan? Memang geng basikal tiada common sense ke? Aku tak cakap semua tapi segelintir benak juga. Awas,” katanya.

Dalam pada itu, isu tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar.

“Jambatan ini direka khas dan diberi keutamaan kepada pejalan kaki. Jadi para penunggang basikal, perlu memikirkan dari aspek keselamatan kepada pengguna yang lain.

“Tiada masalah pun untuk menolak basikal itu di jambatan tersebut. Bahkan boleh menikmati keindahan Pintasan Saloma sambil menolaknya. Poster pun sudah terpampang siap di Pintasan Saloma mengatakan ‘Dilarang Menunggang Basikal”. Saling bertolak ansur itu kan indah,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan segelintir individu yang tidak peka dengan larangan yang ditetapkan, selain mahu mengundang bahaya.

“Undang-undang dan peraturan yang tertulis adalah untuk dipatuhi, bukan hanya sekadar hiasan dan diabaikan.

“Bila pergi overseas (luar negara) tahu pula ikut peraturan, tapi di negara sendiri buat bodoh je dengan peraturan di depan mata, ” kata seorang netizen.

“Pasal mereka inilah orang pandang hina kat semua penunggang basikal. Harap geng-geng basikal cari mereka ni kecam secara berjemaah,” kata seorang lagi netizen.

“Tak cukup kat jalan raya buat hal, kat kaki lima pula buat hal,” ujar seorang lagi netizen.

Leave a Reply