Berita Utama

Hannah dakwa timbalan menteri ‘buli siber’ Veveonah

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membidas layanan dua timbalan menteri kerajaan PM terhadap pelajar dari Sabah, Veveonah Mosibin, berkata tindakan mereka itu sebagai buli siber.

“Sekiranya anda tidak dapat melihatnya – ini sebenarnya adalah tindakan buli siber. Oleh timbalan menteri terhadap budak kecil (young child).”

Ambil maklum, Vevenoah berusia 18 tahun.

Hannah turut menyentuh sikap berdiam diri Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Rina Harun dan timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam perkara ini, berkata tindakan sedemikian bukanlah kali pertama.

Hannah mengulas tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I Abdul Rahim Bakri yang pada awalnya mempersoalkan kredibiliti video tular milik Veveonah itu.

Video tular itu menunjukkan pelajasr Asasi Sains dari UMS itu, menduduki peperiksaan di atas pokok pada 12 Jun lalu bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik.

Zahidi kemudian mengakui terkhilaf semasa mendakwa Veveonah yang juga personaliti YouTube menipu kononnya memanjat pokok semasa menjawab soalan peperiksaan.

Kata Zahidi dia mendapat maklumat yang tidak tepat semasa memberikan jawapan di Dewan Negara. Justeru Zahidi memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Beliau turut memberitahu mendapat maklumat itu daripada Abdul Rahim yang juga ahli parlimen Kudat.

Bagaimanapun, Abdul Rahim mempertahankan dakwaan Veveonah menipu dengan berkongsi laporan daripada ketua kampung bahawa Veveonah tidak menetap di Kampung Sepatalang seperti yang didakwanya.

Pada posting Facebook semalam, Abdul Rahim juga memberitahu seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS mengesahkan kepadanya bahawa pada ketika itu (12 Jun) tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Beliau kemudian memadamkan posting tersebut.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!