Blog Berita Online

Politik

Hanya Mahathir boleh kembalikan kuasa Harimau Asia – Khairuddin

MAJORITI rakyat memberi reaksi positif dan menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Masyarakat umum amat yakin dengan pentadbiran bersih, cekap dan amanah Dr. Mahathir.

Hanya segelintir pemimpin politik yang korup tidak mahu tokoh negarawan Melayu ini kembali sebagai Perdana Menteri atas dasar takut pada bayang-bayang sendiri.

Keadaan ekonomi serta politik negara berada dalam situasi amat celaru, kritikal lagi membimbangkan. Namun, golongan kleptokrat serta perasuah amat gementar dengan ura-ura kemungkinan Dr. Mahathir menjawat semula jawatan Perdana Menteri kerana ia berkemungkinan bakal memudaratkan mereka dalam pelbagai segi.

Untuk menyelamatkan bangsa dan negara, kita amat memerlukan kepimpinan bersih, cekap serta amanah yang ada pada Dr. Mahathir.

Rakyat akar umbi amat yakin dengan kepimpinan beliau dan senantiasa berdoa agar Allah SWT merealisasikan impian ini menjadi realiti.

Tokoh negarawan Melayu itu mempunyai kewibawaan untuk memimpin negara dan mampu reset Malaysia ke arah memacukan semula kemajuan yang memberangsangkan.

Hanya Dr. Mahathir yang boleh mentransformasikan semula negara ini kepada kuasa Harimau Asia yang disegani.

Keyakinan dunia luar pada negara kita akan berlaku dan pelaburan asing mencurah masuk semula secara berskala besar sekiranya beliau kembali memimpin negara.

Buat kali terakhir, kita harus pinjam semula kepakaran Dr. Mahathir bagi merawat kepincangan demi masa depan kesejahteraan keseluruhan bangsa serta negara yang dicintai ini. Maruah bangsa dan negara harus ditebus semula agar reputasi Malaysia terus dihormati oleh dunia luar.

Memangkah seterusnya memenangkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) secara bergaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan menjadi pemangkin untuk Dr. Mahathir kembali memimpin negara secara bersih, cekap dan amanah.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

Leave a Reply