Viral

Ibu menangis dipercayai dibuang anak sendiri, menantu tampil dedah cerita sebenar

Video kisah duka penghuni Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor yang disiarkan di slot Buletin Utama TV3, semalam nyata telah meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Apa yang mencuri tumpuan dalam video tersebut adalah nasib menimpa seorang warga emas yang tinggal di pusat jagaan tersebut selepas diabaikan ahli keluarganya sendiri.

Dalam temubual tersebut, Zarah Ahmad, 83, mendakwa dirinya diabaikan oleh sembilan orang anaknya ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan sebelum dipindahkan untuk menetap di sana.

Paling menyayat hati, dia terkilan apabila mereka pernah menyatakan takkan datang ziarah sama ada ketika hidup mahupun sebaliknya.

Rentetan kisah itu, seorang wanita yang mendakwa sebagai menantu kepada warga emas terbabit tampil mendedahkan cerita yang mengejutkan ramai.

Wanita dikenali sebagai Normala Shamsuddin itu berkata, ibu mentuanya itu tidak pernah melayan anak-anaknya dengan baik.

Justeru, dia berharap agar orang ramai tidak menghukum mereka sebelum mengetahui kisah sebenar.

Namun begitu, kenyataan itu jelas menimbulkan rasa terkilan oleh seorang individu yang didakwa sebagai anak tirinya menerusi ruangan komen.

Jelasnya, walaupun pernah ada isu dengan warga emas tersebut, namun dia langsung tidak pernah mencanang aib neneknya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!