Blog Berita Online

Viral

Ibu meninggal dunia selepas lahirkan anak ke-10

BERANAK di dunia, berpantang di syurga. Begitulah luahan ahli keluarga Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi yang ke-10, baru-baru ini.

Nur Zaihan, 33, menghembuskan nafas yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), selepas beberapa hari ditidurkan.

Bayi Allahyarham yang dilahirkan ketika usia kandungan 32 minggu kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital yang sama.

Sementara itu, seorang individu dipercayai ahli keluarga terdekat Nur Zaihan meluahkan rasa pilu di atas pemergian Allahyarham.

Dia seolah-olah tidak percaya yang Allahyarham sudah tiada lagi di dunia ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, individu dipercayai adik kepada Nur Zaihan itu turut meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Leave a Reply