Blog Berita Online

Berita Utama

Ibu ralit guna telefon, nyawa bayi 8 bulan melayang digilis lori

SEORANG bayi lapan bulan yang sedang belajar bertatih maut digilis sebuah treler apabila walker yang dinaikinya menggelongsor ke tengah jalan di Soi Suksawat 84, Thailand.

Pemandu treler berkenaan kemudiannya menghentikan lori tersebut sebelum turun mendekati bayi malang yang maut ditempat kejadian akibat pendarahan dan kecederaan parah.

Ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan sedang menggunakan telefon dan membiarkan anaknya berjalan di hadapan bangunan rumah kedai mereka yang terletak di tepi jalan.

Disebabkan keadaan jalan yang bercerun, walker bayi tersebut menggelongsor ke tengah jalan sebelum lori yang gagal mengelak menggilis bayi tersebut.

Kejadian tersebut mengejutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Leave a Reply