SEORANG wanita meninggal dunia ketika sedang mendodoikan anak bongsunya berusia lapan bulan dalam kejadian di Kluang, Johor pada Jumaat lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Noorsuria Mustafar dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri di sebelah buaian.
Kejadian itu disedari anak keduanya yang segera meminta pertolongan dari jiran mereka untuk menghubungi ambulans.
Ambulans yang tiba tidak lama selepas itu terus membawa mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Keluang namun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Punca kematian mangsa disebabkan serangan asma.
Pemergian Allahyarham secara tiba-tiba mengejutkan bukan sahaja ahli keluarga malahan rakan-rakan terdekatnya.
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang pemurah dan tidak jemu menginfaqkan hartanya ke jalan Allah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..
Leave a Reply