Politik

‘Insya-Allah, saya akan kembali’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – “Itulah kehidupan its all about. What goes up, maybe must come down, but what goes down now, insya-Allah, i’ll comeback”

Itu antara kata-kata terakhir bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya seperti video bertajuk Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada kakitangan PMO yang dimuatnaik di Facebooknya malam ini.

Kata ‘kemunculan semula’ Muhyiddin itu mendapat tepukan dari kakitangan PMO.

Difahamkan, pertemuan itu diadakan sebelum Muhyiddin menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan, sebagai manusia yang patuh kepada peraturan, tindakannya meletakkan jawatan selaras peruntukan Perlembagaan dan menghormati institusi raja apabila tidak dapat lagi sokongan majoriti.

Beliau juga mengakui dirinya mungkin perdana menteri paling pendek tempoh berkhidmat di negara ini.

Bagaimanapun dalam tempoh 17 bulan, beliau merasakan telah berusaha sedaya upaya menangani masalah rakyat ekoran pandemik Covid-19 termasuk usaha mendapatkan bekalan vaksin.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkongsi perbualannya bersama isterinya selepas solat Subuh baru-baru ini.

“Selepas Subuh, duduk sekejap bersama isteri, berbual-bual. She told me, how do you feel? I feel relieve as i PM no more,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sambil menambah prinsipnya hanya patuh perintah Allah.

“Rasuah tak boleh, hukumnya haram. Orang curi duit salah, perompak tak boleh. Saya tegak berdiri atas dasar prinsip undang dan hukum,” katanya.

Muhyiddin juga mengulangi apa yang berlaku kepada dirinya kerana ada pihak yang tak menyukainya.- MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!