Viral

Interview gadis 5 kali skandal laki orang, Elly Mazlein tak boleh sorok muka ‘baran’

Dalam melayari kehidupan berumah tangga, ada pasang surutnya. Jika pasangan suami isteri gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaiknya, maka penceraian adalah langkah terbaik.

Antara punca keruntuhan rumah tangga adalah munculnya orang ketiga dalam hidup suami mahupun isteri yang merampas kebahagian yang dikecapi mereka selama ini.

Mengaku 5 kali skandal dengan suami orang

Menerusi satu rancangan bual bicara di Astro Ria, seorang gadis muda telah membuat pengakuan melakukan hubungan sulit dengan lima suami orang.

Pengakuan itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang penonton, malah hos rancangan itu sendiri, Elly Mazlein.

Tak rasa bersalah ada skandal

Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Tasya (bukan nama sebenar) telah menceritakan pengalamannya yang bahagia menjadi skandal kepada suami orang.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi  Elly Mazlein yang terlihat agak geram mendengar jawapan gadis berkenaan ketika disoal rakan pengacaranya, Awal Ashaari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Tasya dilihat seakan biasa dan bangga dengan tindakkannya melakukan maksiat dengan suami orang serta sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa yang dilakukan kerana semua yang berlaku bukan dia yang memulakan.

Jelingan mauat dari Kak Lina

Pada akhir sedutan video tersebut, Tasya sempat memberi sedikit pesanan supaya berhati-hati  dengan suami yang romantik, penyayang dan mengambil berat keluarga kerana di luar dia belum tentu mereka berkelakuan seperti itu.

Sementara itu, di ruangan komen, netizen bercerita mengenai  ‘jelingan maut’ Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina dalam mendengar pengakuan gadis berkenaan.

Borak Kelamin merupakan program yang membahaskan berkenaan permasalahan-permasalahan dalam rumah tangga yang sering terjadi di masyarakat.

Program yang berbentuk edukasi ini dihoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein dengan mengundang beberapa bintang tamu untuk mengulas isu-isu mengikut topik perbincangan pada episod berkenaan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!