Tahniah diucapkan kepada pelakon Remy Ishak kerana telah selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan hanya sekali lafaz.
Perkhabaran mengenai majlis itu yang dilakukan secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak terutamanya para wanita yang menyimpan hati terhadap pelakon pujaan ramai itu.
Malah, Remy sendiri sempat memohon maaf kepada kepada mereka yang patah hati di atas pernikahannya itu.
Walaupun majlis pernikahan itu berjalan lancar, namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Remy memilih Ezza sebagai isterinya yang sah.
Malah, mereka menjadikan rupa paras Ezza sebagai bahan hinaan di media sosial.
View this post on Instagram
Tetapi masih ramai mereka di luar sana yang tidak bersetuju dengan kritikan dan kecaman yang telah diterima oleh isteri Remy Ishak itu dengan mengatakan bahawa Ezza mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga berjaya menambat hati pelakon kesayangan ramai itu.
Ezza juga dikatakan mempunyai kecantikan yang alami walaupun tidak memakai sebarang alat solek di wajahnya itu.
Rupa paras tidak harus dijadikan kayu ukur bagi memilih seseorang itu sebagai pasangan hidup kerana rupa paras yang cantik hanyalah sementara. Apa yang penting adalah kebaikan hati kerana itu yang dapat menjamin bagaimana masa depan seseorang itu sendiri.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan sejol ini. Semoga bahtera perkahwinan yang didirikan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Leave a Reply