Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut selepas menjinakkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0 pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Kemenangan itu pasti melegakan bukan sahaja buat kem JDT malah penyokong skuad Harimau Selatan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan membatalkan niat untuk mengundurkan diri daripada aktiviti bola sepak selepas skuad itu melakar kemenangan ke atas skuad kendalian Bojan Hodak.
Semalam Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya menyatakan hasrat akan bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua di tangan KL City FC pada aksi sumbangsih selepas tewas 0-2 pada aksi final Piala Malaysia musim lalu.
Dengan mengekalkan formasi 3-4-3 yang dipratikkan pada aksi final Piala Malaysia musim lalu, skuad Harimau Selatan tampak menguasai perlawanan apabila kerap mengasak ke kubu skuad The City Boys menerusi beberapa percubaan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.
Seawal minit ketujuh tuan rumah menghadirkan cemas buat benteng pelawat selepas bola rembatan deras Leandro Velazquez hanya sipi di penjuru kanan gawang tatkala penjaga gol, Kevin Mendoza sudah tertewas.
Percubaan Ariff Aiman Hanapi pada minit ke-22 juga gagal mencipta jaringan walaupun berjaya menggelecek tiga pemain KL City FC sebelum merembat bola kencang dari luar kotak penalti namun bola hanya melewati palang gol.
Akhirnya gol yang dinanti JDT menjelma pada minit ke-26 selepas bola hantaran Ariff Aiman daripada posisi sayap kanan selepas bijak mengelirukan Declan Lambert sebelum menyepak bola tepat kepada Nazmi Faiz Mansor yang menanduk bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mendoza.
Tuan rumah terus menghukum kealpaan benteng anak didik Hodak pada minit ke-31 apabila bola lorongan Da Silva membuka ruang buat Forestieri bertindak melencong bola ke penjuru kiri gawang menewaskan Mendoza untuk meletakkan JDT selesa mendahului 2-0.
Bersambung babak kedua, KL City FC tampak bermula garang apabila mula mengasak ke kubu JDT dalam usaha merapatkan jurang gol namun bola tandukan Kevin Koubemba pada minit ke-46 terus kedapakan penjaga gol, Farizal Marlias.
Da Silva hampir mencipta jaringan pada minit ke-75 namun bola rembatan leret yang tepat ke penjuru kanan gol sempat di tepis Mendoza bagi mengelak gawangnya di bolosi.
Ketika aksi berbaki enam minit untuk ditamatkan pemain gantian Afiq Fazail meranapkan sisa perjuangan KL City FC apabila melakukan sepakan voli di luar kotak penalti menyaksikan Mendoza tergamam melihat bola menerjah jaringan dan kedudukan 3-0 yang memihak JDT kekal sehingga tamat perlawanan.
26' GOL | Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol pertama musim 2022 dengan menanduk masuk hantaran Arif Aiman!@OfficialJohor 1-0 @KLCityFootball#PSHAS2022 #Sumbangsih2022 pic.twitter.com/Zn59StohJk
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) February 26, 2022
31' GOL | Debut goal! Fernando Forestieri melepaskan rembatan yang tepat untuk menggandakan kelebihan JDT! @Forestieri45@OfficialJohor 2-0 @KLCityFootball#PSHAS2022 #Sumbangsih2022 pic.twitter.com/7VXqrDteIN
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) February 26, 2022
84' GOL | Afiq Fazail melepaskan sepakan voli yang menarik untuk gol ketiga JDT!@OfficialJohor 3-0 @KLCityFootball#PSHAS2022 #Sumbangsih2022 pic.twitter.com/nxcAvQUts1
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) February 26, 2022
Leave a Reply