Blog Berita Online

Viral

Konon tahu hal sebenar, gadis persoal kes Zulfarhan akhirnya mohon maaf

Perkongsian berani seorang gadis yang mempersoalkan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarham Osman baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Gadis yang hanya dikenali dengan nama Jiha itu meninggalkan ciapan seolah-olah dia mengetahui punca sebenar Allahyarham didera dan dibuli sehingga mengakibatkan kematiannya.

Tidak tahan dengan kecaman netizen, Jiha tampil membuat penjelasan di Instagram miliknya selain meminta maaf dengan apa yang berlaku.

Malah, dia turut menafikan yang dirinya adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh seperti yang didakwa netizen.

Jiha memberitahu, dia mengetahui hal yang sebenar namun enggan mendedahkannya kerana bimbang kes itu akan menjadi lebih panjang lebih-lebih lagi hukuman telahpun dijatuhkan.

Dia juga meminta netizen agar membuat kajian dahulu sebelum menyalahkan satu pihak sahaja merujuk kepada kes tersebut.

Video berdurasi 2:20 minit itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata masih tidak berpuas hati terhadap dirinya.

Leave a Reply