Berita Utama

‘Jodoh hingga ke akhir hayat’ – Tiga hari bertarung nyawa, Pakcik Jusoh pergi jua

KUALA TERENGGANU – Jusoh Muda, 82, yang melecur teruk dalam kebakaran yang mengorbankan isterinya pada Isnin lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Lelaki warga emas tersebut menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi hospital itu pada pukul 6.31 pagi.

Anak ketujuh Allahyarham, Junaidi, 51, berkata, dia menerima berita sedih itu menerusi anak saudaranya yang menghubunginya.

“Sepanjang berada di hospital, arwah ayah sedar tetapi agak kritikal dan peluangnya untuk pulih 50-50 (peratus).

“Oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan lawatan, kami 11 beradik mengambil inisiatif berhubung dengan arwah ayah menerusi panggilan video,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Losong Haji Su di sini hari ini.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan Fatimah meninggal dunia manakala Jusoh pula melecur pada bahagian kaki dan badan selepas rumah mereka diami musnah dalam kebakaran pada pukul 10.35 pagi.

Wanita warga emas yang uzur itu sempat menghubungi anak perempuannya, Zailah untuk meminta pertolongan sebelum terperangkap dalam kebakaran berkenaan. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!