Blog Berita Online

Viral

Lelaki tengking staf McD tampil mohon maaf, akui emosi ketika ‘drive-thru’

Pelanggan lelaki yang menengking seorang pekerja di kaunter ‘drive-thru’ restoran McDonald’s (McD) tampil memohon maaf selepas video dirakam olehnya sendiri menjadi tular di media sosial.

Menurut lelaki itu, dia mengakui kesalahan tersebut kerana terlalu mengikut emosi sehingga disifatkan kurang ajar oleh netizen selepas kurang berpuas hati dengan layanan pekerja berkenaan.

“Saya telah menghubungi pekerja dan pengurus di restoran itu bagi menyatakan kekesalan terhadap kelakukan saya yang telah tular di Twitter.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang. Saya juga mengakui bahawa saya terlalu mengikut emosi ketika kejadian tersebut,” tulisnya menerusi kenyataan berbentuk video di saluran YouTube.

Tambah lelaki berkenaan, dia juga memohon maaf kerana tidak tampil membuat video secara lisan disebabkan bimbang sekiranya orang ramai memberikan kata-kata negatif terhadap fizikalnya.

“Saya bimbang akan wujud ‘body shaming’ terhadap saya yang akan menganggu emosi dan kesihatan saya,” ujarnya.
Terdahulu, difahamkan dia menjadi berang selepas pekerja tersebut sekali lagi bertanya mengenai jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sekali gus didakwa meninggikan suara.

“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Sorry-sorry, tak payah sorrylah! Dah salah tu, salah la. Aku tengah ‘panas’ ni,” tengking lelaki terbabit meskipun pekerja itu memohon maaf.

Leave a Reply