Blog Berita Online

Berita Utama

Kakitangan Al Jazeera buat laporan polis, rasa terancam

KAKITANGAN Agensi Berita Antarabangsa, Al Jazeera membuat laporan polis kerana merasa terancam dan risau mengenai keselamatan diri.

Peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik berkata, laporan polis dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Kita berharap pihak polis menyiasat laporan yang dibuat dan memberi perlindungan yang sewajarnya kepada kakitangan Al Jazeera.

“Kita tidak akan mendedahkan berapa ramai atas faktor-faktor keselamatan,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Terdahulu, enam kakitangan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera bersama tujuh peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Mereka hadir jam 8.50 pagi tadi iaitu sejam awal seperti dijangka oleh pengamal media dipercayai bagi mengelak liputan media.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, tindakan itu diambil susulan beberapa laporan polis yang dibuat susulan isu terbabit.

“Dalam masa terdekat akan dipanggil, lagi cepat lagi bagus, ambil keterangan dan selesaikan kes. Saya secara rasmi memang tahu kertas siasatan sudah dibuka,”katanya.

Dokumentari yang berdurasi 25 minit 50 saat itu dikritik rakyat Malaysia memandangkan ia mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Covid-19.

Loading...

2 Comments

  1. Mohamad Bidin.

    Good for Al Jazeera to leave our country.

  2. FarkTard

    fuck of from my country ..u guys make fake video now u want to be scared?shamed on you

Leave a Reply

error: Content is protected !!