SEORANG kanak-kanak, Nurul Adira Asheera Abdullah yang dipercayai menghidap barah otak dan lumpuh seluruh anggota badan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, pagi tadi.
Menerusi laman Facebook, rakan kepada ibu Allahyarham memuat naik sebuah posting memaklumkan berita duka itu kepada orang ramai yang telah sudi menghulurkan sumbangan sebelum ini.
Az Niena berkata, ibu Allahyarham turut berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan Adira sehingga kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menghembuskan nafas terakhir.
“Assalamualaikum, saya Nina kawan kepada ibu Nurul Adira Asheera Abdullah iaitu Neyna Aat ingin memaklumkan bahawa Nurul Adira telah kembali kerahmatullah sebentar tadi..
“Mohon kongsi untuk semua dapat maklumat ni.. terima kasih pada semua yang tak putus2 berdoa buat Adira dan keluarga serta tak lupa juga pada semua yang sudi bagi sumbangan buat Adira,” tulisnya.
Terdahulu, Az Niena berkongsi sebuah posting yang memohon bantuan orang ramai untuk keperluan Allahyarham seperti susu dan lampin pakai buang.
Leave a Reply