Blog Berita Online

Viral

4 tahun kenal di WeChat, teman wanita lelaki ini rupanya makcik berusia 46 tahun

Kata orang, cinta membuatkan seseorang hilang pertimbangan dan sanggup melakukan apa sahaja.

Namun, bagi seorang lelaki di Hangzhou, China, dia melalui satu pengalaman yang mengejutkan apabila baru sahaja ketahui sudah tinggal serumah bersama ‘teman wanitanya’ selama tiga tahun.

Segalanya bermula apabila Lu (bukan nama sebenar) yang berusia 28 tahun mulai mengenal seorang wanita, Yang (bukan nama sebenar) di Internet menerusi laman penjualan barangan terpakai pada September 2017.

Perkenalan mereka seterusnya menjadi semakin akrab sehinggalah pada November 2017, Yang memaklumkan bahawa keluarganya memaksa beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah beliau temui membuatkan beliau mahu lari dari rumah.

Demi cinta dan mahu membantu Yang, Lu sanggup ke tempat Yang di mana perjalanan tersebut memakan masa sehingga lima jam dengan jarak 400km. Walau bagaimanapun, segala harapan untuk bertemu Yang menjadi sia-sia kerana mereka tidak berjaya bertemu walaupun Lu menetap di bandar tersebut selama sebulan.

Walau bagaimanapun, beliau berjaya menemui seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai mak cik kepada Yang bernama Xu. Xu memaklumkan Yang memilih untuk tidak lari dari rumah selepas pihak keluarganya bersetuju untuk Yang tidak meneruskan perkahwinan.

Lu kembali pulang ke rumahnya di Hangzhou selepas perkhabaran tersebut. Beliau memilih untuk ke bandar Fuyang sekali lagi untuk bertemu Yang pada Mac 2018. Walau bagaimanapun, usaha untuk bertemu kekasih hati sia-sia sekali lagi.

Xu, mak cik kepada Yang kemudiannya mahu berpindah ke daerah Hangzhou untuk membangunkan bisnes barangan terpakai. Bagi memudahkan urusan, Lu bersetuju membenarkan Xu menetap di rumah yang sama.

‘Percintaan’ Lu dan Yang berjalan seperti biasa secara maya sehinggakan Lu sanggup memberikan wang kepada Yang untuk disimpan dalam ‘tabung perkahwinan’ mereka nanti.

Muslihat yang dirangka sejak 2017 akhirnya terjawab pada 20 Ogos tahun ini apabila Lu membantu Xu menggantikan cover pada telefon pintar beliau. Telefon pintar beliau yang pada ketika itu dalam keadaan unlocked memudahkan Lu untuk menyemak secara diam mesej yang anda pada aplikasi WeChat.

Alangkah terkejut Lu apabila mendapati Xu merupakan ‘teman wanitanya’ selama ini. Malah, Xu yang berusia 46 tahun didapati turut memperdaya beberapa lelaki yang lain. Beliau juga turut mendapati Yang dan Xu mempunyai suara yang sama.

Xu akhirnya mengesahkan bahawa Yang merupakan watak yang ‘dicipta’ beliau dan mengakui sudah membelanjakan wang ‘tabung perkahwinan’ yang dihantar Lu.

Xu dilaporkan telah ditahan dan kes itu masih dalam siasatan pihak polis.

Lebih mengejutkan ramai, berdasarkan siasatan polis menerusi mesej Xu di laman WeChat, tidak ada lelaki yang dihubunginya sedar dengan penipuan yang jalankan sebelum ini.

Difahamkan penampilan Xu selepas bersolek dan menggunakan filter kamera nyata sangat berbeza dengan wajah sebenarnya.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua bahawa sesiapa sahaja boleh menyamar menjadi orang lain di media sosial.

Leave a Reply