Blog Berita Online

Berita Utama

Dua wanita maut motosikal bertembung sesama sendiri

KULIM: Dua wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Paya Besar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.57 petang itu, dua mangsa terlibat, Nor Syamimi Amira Mohd. Suhaimi dan Nur Aleesya Md. Anuar yang masing-masing berusia 20 tahun mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Nor Syamimi Amira dari Taman Beringin adalah seorang penganggur manakala Nur Aleesya dari Teluk Binu, Padang Serai di sini pula bekerja kilang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, Nor Syamimi Amira yang menunggang motosikal Honda Beat dari arah Taman Sederi menghala ke Kulim sementara Nur Aleesya yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125Z dari arah Kulim menghala Padang Serai.

“Siasatan awal mendapati Nor Syamimi Amira bergerak keluar dari simpang Taman Sederi dan masuk ke laluan utama.

“Akibat jarak terlalu dekat, Nur Aleesya yang sedang bergerak lurus di jalan utama tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran di bahagian tepi sebelah kanan motosikal yang ditunggang Nor Syamimi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat dua mangsa itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply