Blog Berita Online

Viral

Kena belasah lepas tegur jiran longgok tanah di laluan masuk ke rumah

Seorang wanita dikenali sebagai Puan Pasya tidak berpuas hati dengan tindakan jirannya yang melonggokkan timbunan tanah di hadapan laluan masuk ke rumahnya sehingga menyukarkan ahli keluarganya untuk keluar masuk.

Malah, kakaknya turut dipukul jiran dan beberapa saudaranya disebabkan perselisihan yang berlaku.

Puan Pasya berkongsi kejadian itu di Facebook miliknya dengan harapan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Baca perkongsian beliau di bawah

Sebab menegur saja muka dan badan jadi bahan.

Cerita dia Cek Wanie (kakak Puan Pasya) nak bawak mak cuci darah (dialisis) tiba penuh timbunan pasir depan laluan nak masuk ke rumah.

Mak dan kak pun pergi tegur letak lah di tepi bagi mudah orang nak lalu keluar masuk. Uih dibalingnya senduk si kakak pun baling lah balik.

Tiba-tiba diangkat skop pulak nak dikatok dia pun apa lagi tepis la nak pertahankan diri. Tak sedar pun makcik tu luka di tangan (atas perbuatan sendiri) ye bukan sebab kena pukul dengan Cek Wanie.

Okay habis di situ dia pun keluar lah hantar mak dan balik kerumah. Mak saya memang tak boleh nak jalan sempurna tak kan nak kena panjat pasir tu dan dia kata mak saya ni pura-pura sakit tak boleh jalan sedangkan mak saya ada kad OKU.

Okay tak mahu dipanjangkan cerita kaka tak mahu buat report ingat nak beralah sebab benda kecil saja.

Tiba-tiba dia datang ke rumah mari dengan anak-anak satu gerombolan dengan anak-beranak dia 7 petala langit mari hentam si kaka ni sampai di luar rumah.

Laki bini and teh geng depa semua pakat pukul dia. Kebetulan kaka seorang sahaja tak habis di situ mereka pergi buat report kata kakak pukul mak mereka dengan mereka sekali.

Cerita dia pelik kaka ni seorang saja mereka ramai siapa yang nak boleh menang? Siapa yang kena?

Jadi di sini salah siapa? Tak boleh mak dengan kakak sebagai jiran nak tegur? Boleh beri penejlasan tak selayaknya kakak saya ni kena tidur lokap.

Kes ni bukan sekali dua jadi dah banyak kali..

Sumber: Puan Pasya

Leave a Reply