Berita Utama

Kerajaan belum sedia benarkan pekerja China masuk ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bersedia untuk membenarkan pekerja warga asing dari China masuk ke negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana China masih lagi sebuah negara berisiko tinggi.

“Buat masa ini kita masih menutup pintu sempadan negara kepada warga asing termasuk pekerja dan pelancong kecuali bagi ekspatriat kategori EP1, iaitu pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.

“China adalah sebuah negara yang besar, jadi kita sedang berbincang dalam MKN supaya kita boleh kategorikan kawasan di negara berkenaan kerana mungkin ada kawasan yang sudah dianggap hijau, merah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!