Blog Berita Online

Viral

Kerap kongsi video ceramah, Ustazah Asma tersentuh dengan kejadian menimpa Hasliza

Kes pembunuhan kejam seorang isteri yang dipercayai ditembak ketika sedang tidur oleh suaminya mengejutkan ramai pihak.

Menurut pihak polis, mangsa ditembak menggunakan senapang angin sebelum mayatbya disumbat ke dalam tong air dan ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Kejadian tersebut tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa simpati netizen terhadap nasih yang menimpa mangsa.

Antara yang terkesan dengan kejadian tersebut termasuklah pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi hantarannya di Facebook, beliau menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan mendoakan agar mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Menurut Ustazah Asma, beliau berasa sayu apabila melihat beberapa perkongsian terakhir mangsa merupakan ceramah yang dilakukannya sebelum ini.

Beliau mengakui sangat terkesan dengan berita itu kerana melihat posting terakhir Allahyarham yang meraikan ulang tahun kelahiran anaknya pada 10 Februari yang lalu.

Pendakwah itu turut berhajat untuk bertemu dengan anak-anak mangsa yang belum memahami erti kehilangan seorang ibu.

Dalam hantara itu, netizen juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian seorang isteri yang dibunuh dengan kejam oleh suami di ruangan komen Facebook Ustazah Asma’.

Mereka mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak-anak yang ditinggalkan reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T

Leave a Reply