Blog Berita Online

Viral

Kesan habuk bukti premis judi telah lama tidak beroperasi – FB Polis Daerah Sungai Buloh

Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh telah memuat naik dua gambar meja berhabuk membuktikan premis judi di Sungai Buloh telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat lebih 900 komen dari netizen yang rata-rata kurang bersetuju dengan kapsyen yang diberikan.

“Penjelasan paling logik adalah; Habuk tu membuktikan bahawa mesin jud1 baru saja diangkat dari meja tersebut. Habuk tu adalah habuk bawah mesin judi yang dah bertahun bertapak atas meja itu” – Anas Abd Jalil .

“Hahahahahahahhahaa. Habuk jadi bukti. Mudahnya hidup” – Amir Tajul

“Ini baru pindah, netizens bukan bodoh lah..SPRM Putrajaya tolong pantau!.” –Mohamad Nasrullizam Bin Yunus

“Berhabuk hanya bahagian belakang..bahagian depan tak berhabuk dan dapat di lihat dgn jelas.” – Saiful Hidayat Ramli

“Kelakarnya alahai caption.. Ingt ni tmpt homestay ke yg sentiasa bersih dan kemas..nama pun tempat jud1 haram…mereka bkn amek kisah sgt pn pasal kebersihan…yg penting aktiviti judi tu berjalan..” – Mohd Al Fuad

“Jatuh integriti dan maruah polis kalau begini jawapan polis” – Epit Neo

“Nak tahu lama ke tak.. Cuba check bil api dgn bil internet.. Bila last pgunaan.. Tolong siapa2 area sungai buloh, pergi lot kedai tue.. Ambil. No meter dgn alamat..” – Ahmad Syarafuddin Sabri

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam lawatan mengejut ke premis judi itu tengah hari tadi menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan pemilik akaun Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis judi berkenaan.

“Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

“Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

“Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa-apa kegiatan perjudian,” katanya.

Tambahnya serbuan sebelum itu sudah dilakukan sebanyak lapan kali sejak bulan Mei hingga Ogos.

“Kalau tak salah saya, dalam tempoh bulan itu sahaja, kita dah buat 8 serbuan. Lepas itu kita akan pantau kalau ada maklumat kita akan pergi balik.

“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

Lawatan mengejut tengah hari tadi dilakukan susulan tularnya satu video oleh facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa premis judi dan rokok seludup tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Ia disiarkan secara langsung di laman Facebook Bernama TV.

Pada perkembangan yang sama, laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ , Pengasas dan Pengarah Eksekutif Founder Hot Burger Malaysia

Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sebagai berkata , laporan dibuat seorang pegawai polis kerana mendakwa video itu adalah satu f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Leave a Reply