Viral

Kisah Nik Ezanee bantu ‘lepaskan’ pencuri ini buat netizen menitis air mata

Aku tengah tengok 999 Khas Raya ni.

Banyak lah kisah dia kupas dalam ni.

Antara kisah yang Nik Ezanee ni share yang aku rasa paling sedih gila, kisah si Jamal (bukan nama sebenar ni).

Jamal ni ceritanya dia hilang kerja masa PKP tahun lepas. Kes dia ni saing2 dengan kes akak yang kena tangkap sebab curi susu tepung baby tu. Jamal ni diceritakan sebagai orang yang tak pernah ada kes polis. Sepanjang hidup Jamal, dia tak pernah lagi mencuri. Sampai satu masa keluarga Jamal terputus bekalan makanan. Nak beli makanan duit takda. Sebab Jamal dah diberhentikan kerja.

Ayat Nik Ezanee ni yang paling terkesan pada aku, “kita orang dewasa ni, tak dapat makan takpe. Kita boleh tahan lagi. Tapi bila kita dengar anak lapar, menangis2 nak makan tapi makanan takda, benda tu boleh buat kita hilang pertimbangan.”

Jadi sebab tu si Jamal yang tak pernah mencuri seumur hidup tu nekad pergi mencuri dekat pasar raya.

Jamal ni masa mula2 masuk pasar raya, si Ezanee ni cakap, dia round2 dulu dalam satu pasar raya. Orang yang tak pernah mencuri ni memang macam tu sikap dia. Dia pusing berkali-kali satu pasar raya tu. Macam serba salah nak curi, tapi dia tetap kena curi memikirkan anak kat rumah nak makan. Lepas dah puas pusing, Jamal pun curi lah beberapa tin makanan. Cara dia curi tu macam laju gila lah. Dia tak tengok pun apa yang dia curi.

Pastu masa nak keluar dari pasar raya, Jamal kena tahan.

Nak tahu tak masa Jamal kena spotcheck tu, barang apa yang dia ambik tadi?

Makanan anjing.

Aku taip ni pun sambil nangis. Punyalah dia memikirkan anak dia kat rumah yang lapar nak makan, dan dalam masa yang sama dia takut nak mencuri dan terpaksa mencuri tergesa-gesa, rupanya yang dirembat tu makanan anjing je tuan-tuan.

Lepastu bila polis sampai, polis tengok barang yanh dia curi, slowtalk dengan bos pasar raya tu, Jamal pun dilepaskan. Mungkin bos pasar raya tu pun dapat rasa betapa terdesaknya si Jamal tu. Sampai tersilap ambik makanan anjing nak bagi kat anak.

Esoknya, Nik Ezanee ni pergi rumah dia bawak barang makanan apa semua untuk keluarga dia. Last2 tadi aku dengar, si Jamal ni cakap Ezanee ni siap tolong carikan lubang kerja lagi untuk Jamal. Sempat lah si Jamal ni wasap Nik Ezanee bagitahu yang dia dah berjaya dapat kerja. Dan alhamdulillah, sampai sekarang si Jamal ni masih bekerja.

Nik Ezanee ni antara nama besar dalam polis yang aku rasa macam banyak kali viral dengan kisah2 macam ni.

Aku doakan semoga masa mendatang anggota polis seperti Nik Ezanee akan dipertemukan lagi dengan orang-orang macam Jamal. Aminnnn🤲🏻

Tapi agak-agak jumpa dengan geng-geng kayangan rentas negeri cabar SOP ni, kasi tiaw je sama dia.

Sumber: Anna Nauraa

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!